kepentingan permainan tradisional

  Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini  ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada  congkak, wau, gasing dan sebagainya. Oleh itu,  generasi muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional  kepada bangsa dan negara.
   Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul.  Sebagai contohnya, wau bulan telah dihias dengan kertas warna-warni  yang dilukis dan digunting dengan cantik nian. Jika permainan  tradisional kita telah lenyap di bumi kita, apakah kebudayaan yang dapat memperlihatkan maruah bangsa kita? Ingatlah peribahasa, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
   Tambahan pula, permainan tradisional juga merupakan satu daya tarikan yang signifikan dalam industri pelancongan. Selain menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dan menikmati juadah yang lazat di negara kita, para pelancong pasti ingin menghayati corak budaya kita yang berwarna-warni. Lantaran itu, permainan tradisional berupaya memukau hati pelancong yang melawat ke Malaysia. Seperti peribahasa, “Tak kenal maka tak cinta“, setelah diperkenalkan kepada pelancong, lazimnya mereka akan berminat dan turut bermain dengan seronoknya terhadap permainan tradisional. Rentetan daripada itu, hotel- hotel lima bintang dan pusat peranginan yang terkemuka  di negara kita patut menyediakan tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Hal ini bukan sahaja dapat memangkinkan industri pelancongan tetapi juga memperkenalkan kebudayaan kita kepada bangsa lain, seperti peribahasa, “serampang dua mata.” Ternyata, permainan tradisional merupakan salah satu tarikan dalam industri pelancongan.
   Lebih-lebih lagi, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan sentiasa sibuk mengejar kekayaan duniawi. Dengan  adanya permainan tradisional itu, pelbagai kaum dalam masyarakat kita dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Tamsilnya, terdapat kawasan lapang yang sering dibanjiri oleh orang ramai untuk bermain layang-layang.  Peminat itu tidak mengira bangsa dan budaya tetapi bersama-sama memperlihatkan lelayang yang beraneka corak . Mereka juga berkongsi idea dan pendapat tentang lelayang mereka.  Tidak hairanlah akan tercetusnya suasana yang muhibah dan harmoni dalam masyarakat. Mereka turut melegakan tekanan dan menghabiskan masa bersama dengan keluarga sendiri.  Senario ini jauh lebih baik daripada  individu yang asyik bermain permainan komputer di kamar sendiri tanpa berinteraksi dengan orang lain.

    Natijahnya,  permainan tradisional  merupakan khazanah warisan yang tidak ternilai. Oleh itu generasi muda bertanggungjawab untuk melestarikan khazanah ini daripada  generasi kepada generasi, seperti  peribahasa, “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.” Walaupun zaman beredar,  tetapi segala  warisan yang baik dan sejati perlu diperkukuh supaya bangsa kita tidak digelar sebagai etnik yang tidak berakar umbi dan sentiasa terhanyut  oleh arus globalisasi.

Ulasan

  1. Balasan
    1. 1. Aset kebanggaan Negara
      2. Tarikan Industri Pelancongan
      3. Mengukuhkan hubungan berbilang bangsa

      Padam
    2. Ahahha...pertanyaan bonus.

      Padam
  2. Bagus sangat πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  3. Ni esei berape patah perkataan die

    BalasPadam
  4. terima kasih atas karangan ini dan membantu saya untuk belajar

    BalasPadam
  5. mY NAME iS JEff, I luV TurTLE~ Yeah~

    BalasPadam
  6. HEy GuyS, WanNA Ask: WhY do TurtOISe Not AbLE tO StaND uP?

    BalasPadam
  7. HEy I KNOw the AnswER: ThaTS 'cause tHeY HavE A RePTile dYsfUNcTion!
    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAx100Billion
    FuNNY RiGhT? PlEASe ShaRE If U gUYs FounD iT FuNNY! ^0^

    BalasPadam
  8. Sangat membantu untuk buat karangan

    BalasPadam
  9. Masuk dlm periksa 😚😘

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di Negara Kita

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH