Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Cara-cara untuk Mengembangkan Permainan Tradisional di Negara Kita

     Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi  sehingga mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut dipandang enteng dan dikesisikan oleh masyarakat kita daripada arus perdana.  Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan dalam pengedaran zaman dan lenyap dalam bumi kita? T epuk dada tanya selera.    Sebelum nasi menjadi bubur , kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk membangkit permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, “ di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh .”        Sesungguhnya,  Kempen Cintai Permainan Tradisional  merupakan salah satu alternatif yang ampuh untuk mengembang  permainan tradisional di negara kita. Kempen ini...

kepentingan permainan tradisional

  Pada era pascamodenisasi ini, rakyat kita telah menikmati pelbagai kemajuan dan pembangunan fizikal yang pesat. Ironinya pelbagai warisan nenek moyang kita semakin dipinggirkan oleh masyarakat kita, terutamanya golongan muda. Salah satu khazanah kebudayaan kita yang semakin luntur dalam gaya hidup yang moden ini  ialah permainan tradisional kita yang terdiri daripada  congkak, wau, gasing dan sebagainya. Oleh itu,  generasi muda perlu disedarkan tentang kepentingan permainan tradisional  kepada bangsa dan negara.    Salah satu kemaslahatan permainan tradisional ialah permainan ini merupakan kebanggaan aset budaya bangsa Malaysia. Hal ini demikian kerana permainan tradisional adalah ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa kita. Permainan tradisional tidak boleh disamakan dengan permainan elektronik atau permainan siber. Alat permainan tradisional juga merupakan satu seni budaya yang amat unik dan terunggul.  Se...

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH

   Dasawarsa ini,sama ada kita sedar ataupun tidak,kita telah dihidangkan dengan pembangunan politik,ekonomi dan sosial yang semakin gah di mata dunia. Namun,di sebalik kejayaan itu,kita acap kali tersentak dengan permasalahan penagihan dadah dalam kalangan rakyat kita. Setiap tahun,jumlah penagih dadah semakin meningkat terutama sekali dalam kalangan remaja. Rakyat pula hanya tahu menuding jari mereka pada pihak kerajaan kerana peningkatan yang berlaku. Sememangnya kita telah sedia maklum bahawa penagih dadah sukar untuk meninggalkan najis dadah ini kerana bahan nikotin yang terdapat di dalam dadah yang menyebabkan ketagihan. Golongan penagih dadah ini pula tidak boleh dihalang daripada berhenti menghisap dadah secara tiba-tiba. Mengikut konsep ‘Mencegah itu lebih baik daripada merawat’,jumlah penagih dadah harus dikurangkan daripada mengurangkan jumlah penagih dadah yang perlu dirawat. Oleh hal yang demikian,kita haruslah melaksanakan beberapa langkah yang efek...